Wednesday, 3 April 2013

TIPS TURUN OR MAINTAIN BERAT BADAN ... (>_<)


Rasanya bukan lagi satu berita tergempar bahawasanya Keknis suka makan. Ehem. Diam korangz.
Dalam pada masa yang sama Keknis sentiasa monitor weight Keknis sebab semua perkara yang Keknis buat adalah bersebab. Cara Keknis makan, waktu Keknis makan, makanan yang Keknis ambil, exercise yang Keknis buat, bilangan kunyahan setiap suapan cewah suka lebih2.

Ada ketika Keknis rasa Keknis perlu naikkan berat badan, Keknis terpaksa ubah gaya hidup. Ada masanya, orang tegur badan dah naik sangat tak sesuai untuk TV, Keknis experiment cara lain pula untuk kurangkan. Jadi tips ini adalah dari experience, dari DIET DIARY Keknis. Nota: Diet bermaksud pemakanan ya. Bukan bermaksud jaga makan/makan kurang. Sebab itu doktor sarankan 'jagalah diet anda'. Maksudnya jagalah pemakanan anda. Salah bila ada gunakan 'saya sedang berdiet'. Huh?

Untuk Turun/Maintain Berat Badan.

1. Makan sedikit tapi banyak kali. Namun kalau kat restaurant yang mana makanannya portion besar, hmm memang terpaksa habiskan. Untuk hari yang macam itu, Keknis cuma makan 3kali sehari.

2. Pernah dengar 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a pauper/beggar'? Kenapa kena breakfast paling meriah dan merudumkan kemeriahannya pabila melewati harimu? Sebab untuk brekafast yang besar, kita ada WHOLE DAY untuk hadam ia dan bakar lemak itu. Bila dinner pula, lepas makan kita terus rehat dan tidur. Jadi dinner Keknis memang simple selalunya atau kecil portionnya. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit. Amalkan.

3. Sejak Keknis dah dewasa ini, Keknis agak-agak Keknis dah merasa semua air yang sedap-sedap fruit punch smoothies shake mocktail juice bagai. Jadi Keknis pun sudah mula berhenti minum air yang fancy dan manis (kecuali Red Bull untuk waktu kerja terutama waktu hosting). Kini semua makanan yang sedap-sedap itu akan mendapat pasangan yang terbaik, iaitu air mineral. Memang air mineral all the way. Cuma pagi saja minum yoghurt drink (rarely). Breakfast like king katakan.

4. Detox. Usahakanlah untuk berry (nama manja bagi buang ayaq besaq) sekali sehari. Ini kena consistent sebab tak bagus untuk badan simpan toksik lama2. Syukur sebab sistem penghadaman Keknis baik, boleh auto every morning LOLOLOLOL TOO MUCH INFO SHADAP YOU, tapi bagi yang susah nak berry everyday: try minum Milo setiap pagi selepas breakfast. Makan pisang setiap hari. Goodluck!

5. Detox, masih dalam topik penyahtoksik (detox). Sebab Keknis suka gilos makan dessert/pencoci mulot, jadi banyak sugar dalam badan. Sugar tulah yang boleh menggemukkan! Maka, selain cuba membalas balik dengan air mineral, setiap malam sebelum tidur Keknis akan minum green tea! Green tea sangat sedap waktu masih panas/suam. Cubalah suka, perlahan-lahan mesti boleh.

6. Jangan malas berpeluh. Pagi-pagi Keknis akan menari sebelum mandi. Ada yang tanya menari camnerrrrrr tuewwwww? OMG korangz. Menari jelah macam mana pun. Macam parodi Shae Sayang tuh pun kalau bersungguh buat sure berpeluh. Berpeluh untuk 30minit baru sejukkan badan dan shower. Rasa segar gila nak pergi kerja, selain menggunakan semua benda yang dah anda pelahap itu sebagai tenaga :') Tak sia-sia makan... bukan untuk tambahkan ukuran lilitan pinggang.

7. Makan dalam mangkuk dan gunakan sudu. Okay ini tips untuk tak terlebih makan masakan Mama. Mama masak super sedap okay, and for me, kalau makan guna tangan memang kerja nak menambah nasik ajer! Sedap betul ya jus-jus tangan. Memang bagus makan pakai tangan sebab peluh tangan boleh hadamkan makanan itu sekali, tapi, kalau dah portion tambah nasi 3kali ganda... sila pahamkan konsep. So, bila nak kawal nafsu, memang Keknis makan nasi berlauk pakai mangkuk dan sudu! Tak tambah nasik! Terel :') (sudu kurang nikmat hahaha)

Sekian. Oops! Untuk tips naikkan berat badan entri lain ya! Dah panjang sangat ngomel perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment